Rumah ?
Rumah merupakan keperluan asasi manusia kerana menjadi
tempat berlindung dan membina kebahagiaan keluarga, sejajar dengan slogan “Rumahku
Syurgaku”. Namun demikian, masih terdapat sesetengah rakyat Malaysia yang tidak
memiliki rumah sendiri kerana pelbagai faktor. Antaranya ialah kemiskinan,
harga rumah yang terlalu mahal dan peningkatan kos hidup.
Usaha dalam memastikan rakyat mampu untuk memiliki rumah
sendiri.
- Memperbanyakkan pembangunan kawasan perumahan kos rendah di kawasan bandar. Kawasan Bandar merupakan kawasan tumpuan penduduk kerana wujudnya infrastruktur dan fasiliti yang lengkap. Disamping itu, penawaran peluang pekerjaan yang meluas menjadi salah satu faktor penduduk daripada luar Bandar berhijrah ke Bandar. Oleh demikian, pemaju perumahan perlu memperbanyakkan pembangunan kawasan perumahan kos rendah di kawasan Bandar sejajar permintaan yang tinggi dikalangan penduduk yang tidak mempunyai kemampuan untuk memiliki rumah sendiri. Dengan ini penduduk bandar mampu membeli rumah berdasarkan kemampuan mereka.
- Masalah utama dalam memiliki rumah sendiri adalah kemampuan kewangan. Pada masa kini harga rumah yang semakin mahal menyukarkan penduduk yang berpendapatan sederhana mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan. Pihak institusi kewangan perlu menyediakan pinjaman yang mempunyai syarat yang tidak terlalu ketat. Dengan memberikan pinjaman tanpa kaedah kepada golongan kurang berkemampuan membolehkan mereka memiliki rumah sendiri. Tanpa kadar faedah membolehkan peminjam membuat bayaran bulanan kepada pihak institusi kewangan tanpa membebankan peminjam.
- Kerajaan juga telah memperkenalkan Program Perumahan 1 Malayia. Dengan membanyakkan pembinaan rumah di bawah Program Perumahan 1 Malaysia dapat mengurangkan jumlah penduduk yang tidak memiliki rumah sendiri. Kerajaan atas dasar prihatin membina rumah untuk golongan kelainan upaya dan ibu tunggal.
Kesimpulannya, semua pihak terutama syarikat swasta dan
pemaju perumahan harus lebih prihatin terhadap golongan yang kurang bernasib
baik dengan membina lebih banyak rumah kos rendah. Ia dikategorikan sebahagian
daripada menjalankan tanggungjawab sosial kepada masyarakat.