Lebuhraya ?
Lebuhraya merujuk kepada sistem rangkaian jalan raya utama
yang menghubungkan beberapa buah lokasi penting seperti Bandar utama. Lembaga
Lebuhraya Malaysia akan memantau dan mengawasi pembinaan lebuhraya yang
dilakukan oleh konsesi syarikat swasta. Kesemua lebuhraya di Malaysia
menjalankan dua kaedah pembayaran tol iaitu dengan menggunakan sistem terbuka
dan sistem tertutup. Kadar tol melalui sistem terbuka adalah pada kadar yang
telah ditetapkan manakala di dalam sistem tertutup pula kadar yang perlu
dibayar berdasarkan kepada jarak perjalanan. Kadar bayaran tol untuk beberapa
lebuhraya telah dinaikkan, dikuatkuasakan pada 15 oktober 2015 dengan kenaikan
kadar melebihi 17% sehingga 80%. Antara lebuhraya yang terlibat adalah Duta Ulu
Kelang (DUKE), Lebuhraya Maju Expressway (MEX), Lebuhraya Kajang (SILK),
Lebuhraya Karak – Kuala Lumpur (KLK), Lebuhraya Latar dan lain – lain.
Kebanyakan lebuhraya yang dinaikkan kadar tol terletak didalam Lembah Klang dan
Kuala Lumpur.
Dengan kenaikan kadar tol ini akan mendatangkan kesan kepada
penduduk Malaysia, Antaranya :
- Kehidupan golongan berpendapatan sederhana menjadi semakin sukar. Ini berlaku atas sebab kuasa beli yang dimiliki oleh golongan ini semakin berkurangan dan secara langsung pendapatan mereka juga menjadi berkurangan. Apabila kadar tol dinaikkan, ia akan meningkatkan kos perbelanjaan harian mereka untuk ke tempat kerja ataupun kemana sahaja dan ini akan membebankan mereka kerana pendapatan mereka pada asalnya hanya cukup makan menjadi tidak cukup kerana membayar tol yang tinggi.
- Sosioekonomi yang terjejas akibat daripada tindakan beberapa peniaga yang mengeksploitasi pengguna dengan mengambil keuntungan berlebihan. Para peniaga, pembekal dan pengeluar akan menggunakan kesempatan yang ada untuk menaikkan harga barangan yang dijual atas alasan kos pengeluaran yang semakin mahal ekoran peningkatan kadar tol. Pengguna akan menjadi mangsa keadaan apabila pengeluar dan peruncit tidak mahu menanggung bebanan kadar tol yang tinggi. Walaubagaimana wujudnya peniaga yang menaikkan harga barangan dengan sewenang – wenangnya dengan sesuka hati tanpa melihat harga kos yang sebenar. Situasi ini akan membawa kesan negatif kepada sosioekonomi dan menghalang proses untuk memajukan ekonomi Negara.
- Secara umumnya, apabila kadar tol dinaikkan maka kos untuk pengangkutan juga akan meningkat. Ini menjadi faktor utama kenaikan harga barangan didalam pasaran terutamanya harga barang makanan. Ini kerana bahan makanan tidak kira sama ada dalam bentuk mentah, separa proses ataupun sudah siap diproses perlu diangkut daripada tempat pemprosesan atau pengeluaran untuk dihantar ke tempat untuk dipasarkan. Segala kos untuk pemprosesan dan pengangkutan akan ditanggung oleh pengguna. Walaupun kerajaan boleh campur tangan dengan mengumumkan Dasar Kawalan Harga namun sejauh mana keberkesanan dasar ini. Secara jelas bahawa pengguna lebih gemar untuk memandu kenderaan sendiri berbanding menaiki pengangkutan awam kerana pengangkutan awam yang disediakan masih tidak dapat memenuhi ciri-ciri yang dikehendaki oleh pengguna. Tidak adil untuk kita dibandingkan dengan negara lain untuk menggalakkan pengguna menggunakan pengangkutan awam. Contohnya, sistem pengangkutan awam yang wujud di Singapura lebih cekap dan lengkap secara langsung menggalakkan pengguna menggunakannya.
Kesimpulannya,
Peningkatan kadar tol lebuhraya akan menggangu ekonomi, sosial dan politik di Malaysia. Dimana ia mungkin akan mengancam ketenteraman dan keharmonian Negara. Oleh itu, semua pihak perlu mengambil peranan dalam mengatasi isu kenaikan kadar tol yang seterusnya memberikan kesan kepada kenaikan kos hidup secara langsung.