Pengangguran?


Istilah pengangguran digunakan apabila seseorang yang boleh bekerja dan mahu bekerja tetapi tidak dapat untuk menceburkan diri ke dalam bidang pekerjaan. Dalam masyarakat, mereka perlu bekerja untuk mencari nafkah untuk menyara kehidupan diri dan keluarga. Oleh itu, masalah pengangguran merupakan masalah yang perlu dipandang serius. Kadar pengangguran didalam sesebuah Negara dapat menunjukkan sejauh mana kecekapan penggunaan sumber tenaga yang ada dalam sesebuah Negara dan ia juga digunakan sebagai indeks dalam aktiviti ekonomi.

Antara faktor yang mempengaruhi kadar pengangguran di Malaysia :
  • Sikap graduan yang terlalu memilih pekerjaan. Graduan yang ada pada masa kini lebih memilih untuk bekerja dalam pejabat yang berhawa dingin berbanding bekerja di ladang ternakan.
  • Prestasi atau kelayakan graduan yang terlalu tinggi berbanding jawatan yang ditawarkan dalam pasaran kerja. Contohnya, untuk memenuhi jawatan juruteknik hanya memerlukan kelulusan di peringkat sijil sahaja tetapi kebanyakan calon yang hadir dalam temuduga adalah dikalangan pemegang diploma dan ijazah. Seandainya mereka diterima untuk bekerja, akan menimbulkan isu mengenai kadar pembayaran gaji yang diberikan dianggap tidak sesuai jika dibandingkan dengan kelulusan graduan tersebut.
  • Percambahan pusat pengajian tinggi sama ada swasta dan kerajaan yang menawarkan program pada peringkat sijil, diploma dan ijazah. Selain itu, syarat untuk pengambilan pada masa kini adalah jauh lebih mudah jika dibandingkan dengan syarat pengambilan 15 tahun lalu. Ini membolehkan mereka yang lepasan Sijil Penilaian Malaysia (SPM) mudah untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sijil, diploma dan ijazah. Perkara yang hanya membezakan mereka adalah sama ada mereka daripada Universiti awam atau swasta. Ini akan menyebabkan berlakunya lambakan graduan yang akan masuk ke dalam pasaran kerja dimana peluang pekerjaan yang wujud dalam pasaran adalah terhad.
  • Pihak majikan yang mahu mengurangkan kos perbelanjaan. Ia merujuk kepada kes pengangguran yang berlaku kepada pemegang ijazah sarjana atau master. Mereka yang dahulunya telah mendapat pekerjaan telah berhenti kerana ingin menukar kepada bidang pekerjaan yang lebih baik tetapi telah menganggur kerana mereka mempunyai kelulusan yang tinggi dan berpengalaman. Oleh itu, mereka mengharapkan ganjaran gaji yang lebih tinggi. Ini menyebabkan mereka tidak diambil bekerja kerana majikan lebih merujuk untuk mengambil graduan baru kerana gaji yang perlu dibayar kepada mereka jauh lebih rendah. Dengan ini majikan dapat menjimatkan kos.


Pengangguran yang berlaku didalam Negara akan memberikan kesan yang negatif kepada ekonomi Negara antaranya :

  •  Penurunan keluaran Negara. Ini berlaku apabila tenaga manusia yang dimiliki tidak digunakan sepenuhnya dalam beberapa sector ekonomi menyebabkan pengeluaran dalam sektor tersebut berkurangan seterusnya akan mengakibatkan keluaran Negara berkurangan.
  • Taraf hidup penduduk yang menurun. Taraf hidup penduduk di dalam sesebuah Negara dapat diukur berdasarkan kepada pendapatan per kapita. Apabila wujudnya ramai tenaga buruh yang menganggur menyebabkan keluaran Negara kasar berkurangan dan ini akan menjejaskan pendapatan per kapita Negara. Pendapatan per kapita yang rendah menunjukkan bahawa taraf hidup penduduk Negara tersebut pada tahap yang rendah.
  • Pembangunan Negara menjadi perlahan. Ini terjadi apabila infrastruktur didalam sesebuah Negara tidak dapat dibangunkan untuk tujuan pembangunan Negara kerana pendapatan Negara yang tidak mencukupi untuk dibelanjakan kearah pembangunan infrastruktur .



Kesimpulannya,

Semua pihak perlu bekerjasama dalam mengatasi masalah ini. Ini kerana masalah pengangguran  merupakan masalah yang serius dan ia mendatangkan kesan negatif kepada ekonomi sesebuah Negara. Graduan perlu dilatih untuk menceburkan diri ke dalam bidang keusahawanan dan diberikan kemudahan pinjaman dengan kadar faedah yang berpatutan. Dengan ini dapat meransang graduan untuk menjadi seorang usahawan berjaya dan menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan dalam pasaran.

15 comments:

  1. it's help me a lot .. tq...

  1. it's help me a lot .. tq...

  1. Terbaik

  1. Thnks . Ini dpat mmbntu sya

  1. Thank you for giving good and clear explanation....

  1. blh saya dpt rujukan penuh utk maklumat ni

  1. Tq

  1. 2012).2.3 LANGKAH MENANGANI ISU PENGANGGURANSecara ringkasnya, jurnal ini membincangkan tentang pertumbuhan ekonomi yang dapatdilihat sebagai salah satu penanda aras yang amat penting dalam menilai kriteria sesuatuekonomi dalam negara tertentu, terutama untuk melakukan analisis tentang hasil pembangunanekonomi yang telah dilaksanakan suatu negara atau suatu daerah. Ekonomi juga dikatakanmengalami pertumbuhan apabila produk barangan yang dikeluarkan dan perkhidmatanmeningkat dari tahun sebelumnya. Pertumbuhan ekonomi menunjukkan sejauh mana aktivitiekonomi di sesebuah negara itu dapat menghasilkan pertambahan dalam pendapatan ataukebajikan masyarakat pada jangka masa tertentu.Oleh itu, secara amnya, langkah untuk menangani pengangguran adalah dengan mengambiltindakan yang bertentangan dengan indikator ekonomi yang mempengaruhi tingkatpengangguran iaitu dengan menggalakkan pertumbuhan dalam ekonomi, peranan sektordominan, mengawal inflasi dan menawarkan kadar upah yang tinggi. Keadaan ekonomikebelakangan ini mengalami pertumbuhan yang baik walaupun secara lambat. Sektor yangdominan seperti sektor industri diharapkan agar dapat meningkatkan kapasiti pengeluaran barangdan perkhidmatan supaya tenaga kerja diperlukan adalah banyak, sehingga angka pengangguran13

  1. K

  1. Good boleh sye mendapt banyak isi ii nye

  1. Nice good

  1. Semua pihak perlu bekerjasama dalam mengatasi masalah ini. Ini kerana masalah pengangguran merupakan masalah yang serius dan ia mendatangkan kesan negatif kepada ekonomi sesebuah Negara. Graduan perlu dilatih untuk menceburkan diri ke dalam bidang keusahawanan dan diberikan kemudahan pinjaman dengan kadar faedah yang berpatutan. Dengan ini dapat meransang graduan untuk menjadi seorang usahawan berjaya dan menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan dalam pasaran.

  1. Semua pihak perlu bekerjasama dalam mengatasi masalah ini. Ini kerana masalah pengangguran merupakan masalah yang serius dan ia mendatangkan kesan negatif kepada ekonomi sesebuah Negara. Graduan perlu dilatih untuk menceburkan diri ke dalam bidang keusahawanan dan diberikan kemudahan pinjaman dengan kadar faedah yang berpatutan. Dengan ini dapat meransang graduan untuk menjadi seorang usahawan berjaya dan menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan dalam pasaran.

  1. not a best one but its ok

  1. shit explanation

Post a Comment

Full-Metal-Alchemist