Pengangguran?
- Sikap graduan yang terlalu memilih pekerjaan. Graduan yang ada pada masa kini lebih memilih untuk bekerja dalam pejabat yang berhawa dingin berbanding bekerja di ladang ternakan.
- Prestasi atau kelayakan graduan yang terlalu tinggi berbanding jawatan yang ditawarkan dalam pasaran kerja. Contohnya, untuk memenuhi jawatan juruteknik hanya memerlukan kelulusan di peringkat sijil sahaja tetapi kebanyakan calon yang hadir dalam temuduga adalah dikalangan pemegang diploma dan ijazah. Seandainya mereka diterima untuk bekerja, akan menimbulkan isu mengenai kadar pembayaran gaji yang diberikan dianggap tidak sesuai jika dibandingkan dengan kelulusan graduan tersebut.
- Percambahan pusat pengajian tinggi sama ada swasta dan kerajaan yang menawarkan program pada peringkat sijil, diploma dan ijazah. Selain itu, syarat untuk pengambilan pada masa kini adalah jauh lebih mudah jika dibandingkan dengan syarat pengambilan 15 tahun lalu. Ini membolehkan mereka yang lepasan Sijil Penilaian Malaysia (SPM) mudah untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sijil, diploma dan ijazah. Perkara yang hanya membezakan mereka adalah sama ada mereka daripada Universiti awam atau swasta. Ini akan menyebabkan berlakunya lambakan graduan yang akan masuk ke dalam pasaran kerja dimana peluang pekerjaan yang wujud dalam pasaran adalah terhad.
- Pihak majikan yang mahu mengurangkan kos perbelanjaan. Ia merujuk kepada kes pengangguran yang berlaku kepada pemegang ijazah sarjana atau master. Mereka yang dahulunya telah mendapat pekerjaan telah berhenti kerana ingin menukar kepada bidang pekerjaan yang lebih baik tetapi telah menganggur kerana mereka mempunyai kelulusan yang tinggi dan berpengalaman. Oleh itu, mereka mengharapkan ganjaran gaji yang lebih tinggi. Ini menyebabkan mereka tidak diambil bekerja kerana majikan lebih merujuk untuk mengambil graduan baru kerana gaji yang perlu dibayar kepada mereka jauh lebih rendah. Dengan ini majikan dapat menjimatkan kos.
- Penurunan keluaran Negara. Ini berlaku apabila tenaga manusia yang dimiliki tidak digunakan sepenuhnya dalam beberapa sector ekonomi menyebabkan pengeluaran dalam sektor tersebut berkurangan seterusnya akan mengakibatkan keluaran Negara berkurangan.
- Taraf hidup penduduk yang menurun. Taraf hidup penduduk di dalam sesebuah Negara dapat diukur berdasarkan kepada pendapatan per kapita. Apabila wujudnya ramai tenaga buruh yang menganggur menyebabkan keluaran Negara kasar berkurangan dan ini akan menjejaskan pendapatan per kapita Negara. Pendapatan per kapita yang rendah menunjukkan bahawa taraf hidup penduduk Negara tersebut pada tahap yang rendah.
- Pembangunan Negara menjadi perlahan. Ini terjadi apabila infrastruktur didalam sesebuah Negara tidak dapat dibangunkan untuk tujuan pembangunan Negara kerana pendapatan Negara yang tidak mencukupi untuk dibelanjakan kearah pembangunan infrastruktur .
Semua pihak perlu bekerjasama dalam mengatasi masalah ini. Ini kerana masalah pengangguran merupakan masalah yang serius dan ia mendatangkan kesan negatif kepada ekonomi sesebuah Negara. Graduan perlu dilatih untuk menceburkan diri ke dalam bidang keusahawanan dan diberikan kemudahan pinjaman dengan kadar faedah yang berpatutan. Dengan ini dapat meransang graduan untuk menjadi seorang usahawan berjaya dan menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan dalam pasaran.
September 27, 2016 at 9:06 AM
it's help me a lot .. tq...